RSS

Cerita MARAH!!!

X tau la kena angin aper ari ni.. rasa nak marah jer.. dlm dok melayan perasaan marah tuh, baik baco buku..( cer2.. rajinnyer anok cikgu din nih..) terbacalah satu artikel mengenai marah.. So, layan...

Sebuah cerita teladan...

Pada zaman dahulu kala, terdapat seorang pemuda bernama Said. Beliau seorang yang sangat pemarah malah beliau tidak dapat menahan kemarahannya walaupun berdepan dengan masalah remeh sahaja. Pada suatu hari, ibu Said telah menghadiahkannya sebungkus uncang yang berisi paku. Said tertanya-tanya untuk apakah paku-paku tersebut?

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita untuk melepaskan kemarahan kamu" jelas ibunya.

Pada hari pertama, Said telah memaku 29 batang paku pada tembok batu tersebut. Hari berganti hari, Said dapat mengurangkan kemarahannya dan jumlah paku yang digunakannya juga telah berkurangan. ini kerana, Said menyedari bahawa lebih mudah untuk mengurangkan kemarahannya berbanding memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya pada suatu hari, Sais langsung tidak marah walaupun sekali. Dengan bangganya Said memberitahu ibunya berkenaan perkara tersebut. Ibunya turut gembira dan menyuruh Said mencabut paku pada tembok tersebut satu persatu untuk setiap hari yang dilalui tanpa kemarahan. Tanpa disedari, akhirnya Said berjaya mencabut kesemua paku tersebut.

Lantas Said mengkhabarkan berita gembira ini kepada ibunya. Ibu Said memimpin tangan Said dan menyuruh Said memerhatikan tembok batu tersebut. Ibunya berkata,

"Kau telah melakukan dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut. Tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Apabila kau menyatakan atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini."

"Tetapi ingatlah, walau berapa kali pun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih dari luka fizikal".

p/s: pikir-pikirkan dan selamat beramal...

(Dipetik dari majalah solusi nukilan ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment